Coret-coret kehidupanku....

Hidup ini dipenuhi dengan pelbagai ragam, warna-warni dan asam garam yang menjadi rencah kehidupan...


Tuesday 17 May 2011

Trip to Singapore

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah dapat juga saya peluang untuk update blog ni... Lama sungguh tak dapat update lantaran kesibukan yang melanda... Cewah mengalahkan PM lak busynya... heheh..

Berbalik pada topik kali ini, saya nak bercerita serba sedikit pengalaman dapat melancong ke Negara Singa... Ia merupakan Lawatan Sambil Belajar yang dianjurkan tempat kerja saya... Perjalanan bermula dari Kuantan pada jam 12.00 tgh malam pada hari Jumaat. Kami sampai di Tambak Johor kira2 pukul 6.30 pagi... Kami menjejakkan kaki di Singapura kira-kira jam 10.00 pagi.... Tempat pertama kami lawati adalah Sentosa... Sangat seronok melawat ke Universal Studio Singapore... punyalah ramai orang.. perlu beratur panjang... jd kami xberpelunag untuk mencuba semua permainan di sana... apepun mmg hepi sgt... layan gambar ni....










Selapas itu, kami check in di hotel pula. The Fragrance Hotel.. sebelah malam, kami bersiar-siar di kawasan hotel dan g makan2...









Keesokan harinya (Ahad), kami ke Merlion Park dan Bugis Street sebelum bertolak balik pada pada jam 3.30 ptg... Sblm balik ke Kuantan, kami singgah sebentar di Ayer Hitam...



Secara keseluruhannya, kira ok la trip ni... seronok dan teruja kerana pertama kali menjejakkan kaki di sini...