Coret-coret kehidupanku....

Hidup ini dipenuhi dengan pelbagai ragam, warna-warni dan asam garam yang menjadi rencah kehidupan...


Tuesday 17 May 2011

Trip to Singapore

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah dapat juga saya peluang untuk update blog ni... Lama sungguh tak dapat update lantaran kesibukan yang melanda... Cewah mengalahkan PM lak busynya... heheh..

Berbalik pada topik kali ini, saya nak bercerita serba sedikit pengalaman dapat melancong ke Negara Singa... Ia merupakan Lawatan Sambil Belajar yang dianjurkan tempat kerja saya... Perjalanan bermula dari Kuantan pada jam 12.00 tgh malam pada hari Jumaat. Kami sampai di Tambak Johor kira2 pukul 6.30 pagi... Kami menjejakkan kaki di Singapura kira-kira jam 10.00 pagi.... Tempat pertama kami lawati adalah Sentosa... Sangat seronok melawat ke Universal Studio Singapore... punyalah ramai orang.. perlu beratur panjang... jd kami xberpelunag untuk mencuba semua permainan di sana... apepun mmg hepi sgt... layan gambar ni....










Selapas itu, kami check in di hotel pula. The Fragrance Hotel.. sebelah malam, kami bersiar-siar di kawasan hotel dan g makan2...









Keesokan harinya (Ahad), kami ke Merlion Park dan Bugis Street sebelum bertolak balik pada pada jam 3.30 ptg... Sblm balik ke Kuantan, kami singgah sebentar di Ayer Hitam...



Secara keseluruhannya, kira ok la trip ni... seronok dan teruja kerana pertama kali menjejakkan kaki di sini...

Thursday 21 April 2011

Buku : Dunia Tanpa Sempadan...


Bismillahirrahmanirrahim..

Semua sudah maklum, setiap tahun pasti akan berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa di PWTC.... Pada tahun ini juga, bermula esok 22 April 2011 akan berlangsungnya pesta buku ini.... ia akan berakhir pada 1 Mei 2011... Pada sesiapa yang berkesempatan, bolehlah pergi ke pesta buku ini... terdapat pelbagai jenis buku dari jenis ilmuan, komik, novel dan pelbagai lagi...

http://www.klibf.com.my






Pada tahun ini, tak pastilah sama ada joe berkesempatan atau tidak ke pesta buku ini... Sbb minggu ni, joe ade hal lain... minggu dpn pula, isteri joe pula ada tugas lain.. kalo tak sempat thn ni, maybe thn dpn la pulak... selalunya boleh dikatakan setiap thn kami tidak ketinggalan untuk ke pesta buku ini... pada waktu inilah kami akan dapatkan buku2 atau bahan2 pendidikan yang sesuai buat anak2... isteri joe pula akan dapatkan buku2 yang berkaitan dengan kerjayanya dan novel2.... joe pula, cari bahan2 yang bersesuaian atau berkenan di hati... macam2 ada.. cuma sediakan duit dan beli ikut keperluan dan kemampuan yer...

Buku... byk faedah dan manfaatnya bila kita membaca dan mengamalkannya.... bak kata pepatah, buku jambatan ilmu.... kadang2 dengan membaca, ibarat kita sudah meneroka dunia yang luas ini.... kat rumah joe, ada pelbagai jenis buku dan bahan bacaan... kira ada mini library laa... dan minat membaca ni, joe dan isteri tanamkan pada anak2....

Meh layan gambar2 sekitar pesta buku yang pernah kami sekeluarga g dulu2.... kira gambar2 lama dalam album la ni...




                                                      ni antara koleksi buku dr isteri joe....


Joe

Wednesday 20 April 2011

Bila mama tak sihat....

Bismillahirrahmanirrahim...

Mama oh mama.... "Mama tak sihat yer? Sian kat mama yer. Mama rehat dulu yer.."kata anak sulung ku....
Kesian ku melihat isteriku... Selepas pulang dari keje, isteriku mengadu sakit perut... Joe suh dia rehat jer.. lepas tu, perutnya makin sakit dan kerap ke tandas.. diarea atau cirit-birit... tak tau la ape yg dimakannya... sama ada silap makan atau gastriknya datang lagi... tapi, ape yg kuperhatikan, minggu ni, ok je jadual makannya... xdela dia lewat makan.. tp gastrik ni,kalo nk kena, kena juga laa....

Jadi, malam tadi, semua keperluan anak2, joe yg uruskan... dan malam tadi, joe yg sediakan makan malam... juz buat stimboat jer... sbb joe kesian sgt dgn isteri joe.. dia sakit sgt... lagipn, dalam rumah tangga, tolong menolong dan saling memahami itu penting... kalo kita lihat isteri kita sakit, tak salah jika suami tolong melakukan kerja2 rumah... barulah rumah tangga itu akan harmoni...

Berbalik kepada isteri joe, alhamdulillah anak2 joe begitu memahami yang mamanya tidak sihat.. jd mereka membiarkan mamanya rehat.. selalunya anak joe yang kecik tu, lebih rapat dengan mamanya dan kalo tidur, pasti nak mama... tp alhamdulillah, malam tadi dia bole tidur dengan papanya... anak sulung mmg xde masalah krn si kakak mmg lebih rapat dgn papa.. si kakak asyik suruh mama ke klinik... katanya "mama, jom la g klinik.. nnt kalo mama makan ubt, cepat baik".. dan si kakak asyik suruh joe membawa mamanya ke hospital tp mama tak mahu sbb katanya nak bangun pn tak daya...

Apa yg mampu joe buat, hanya sapukan minyak ke perut, belakang badan lan labu betis... mujur ada minyak morhabshi yg banyak membantu keluarga kami...joe juga bagi minum sedikit air suam yg dititiskan 4 titik minyak morhabshi... nmpak macam lega sikit isteri joe.. moga cpt sembuh yer sayang... Kawan2 bole tgk ke blog ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang minyak morhabshi ini... http://www.morhabshi.com/index.php?id=madish 


Joe

Saturday 16 April 2011

senaman perut

Bismillahirrahmanirrahim...

Selamat tengahari.... Dah lunch belum? Joe blum lg..Hari ni nak kongsikan satu senaman untuk perut. Joe google dalam youtube, so terjumpalah video ni. Joe dh try dan rasa bagus untuk dikongsikan dengan yang lain. Senaman ni tak perlukan kita untuk membuat sit up. Ia berbeza sikit dengan cara yang lazim kita buat. Tapi tak tau la kalau yang lain dah biasa buat.. Maybe joe yang ketinggalan..Jom kita saksikan video ini..


 Joe

Komunikasi...

Bismillahirrahmanirrahim...

Komunikasi? Ape tu komunikasi? Komunikasi ni sebenarnya melibatkan komunikasi lisan dan komunikasi tanpa lisan.... Komunikasi merupakan satu medium penting dalam berhubung dengan orang lain, tak kira la sape pn... kalo kita tak berkomunikasi, agak2nya, bole tak orng lain tahu ape kehendak kita? mesti tak tahu kan kecuali la dia ada kuasa atau kelebihan membaca fikiran orang... hehehe..

Komunikasi juga penting dalam sesuatu perhubungan.. kita perlu selalu dan saling berkomunikasi.. ini akan menjadikan sesebuah perhubungan itu berjalan baik, lancar dan juga akan lebih mengeratkan lagi.. ini juga perlu ditambah dengan sikap toleransi... Dengan berkomunikasi, pasangan kita akan mengetahui kehendak kita, perasaan, masalah dan pelbagai lagi...Oleh itu, berkomunikasilah dengan pasangan anda semua...

Selain komunikasi lisan, komunikasi tanpa lisan juga memainkan peranan ptg.. contohnya, bila pasangan kita sedang berbicara dengan kita, kita perlulah memandang, mengangguk kepala, mimik muka dan sebagainya... cuba bayangkan, bila kita bercakap dengan seseorang, orang tu buat derk jer.. mesti kita rasa sakit hati kan... jd, kita perlu juga menggunakan komunikasi bukan lisan ni td.. ini menunjukkan kita memberi perhatian dan menghargainya..

Selain itu,pastikan perkara2 yang menghalang komunikasi diketepikan... atau cuba cari masa dan tempat yang sesuai untuk berbicara perkara yg serius atau penting... supaya komunikasi yg dibuat adalah berkesan.... kalo kita bole berkomunikasi dgn org luar secara baik, pastikan kita juga boleh berkomunikasi secara baik dgn org2 sekeliling yang dekat dgn kita... Komunikasi yang berkesan ini memainkan peranan ptg.. ini akan membina perhubungan yang baik dalam keluarga, pekerjaan, masyarakat dan negara kita sendiri... Semoga kita semua dapat berkomunikasi secara berkesan, tidak kira siapa kita dan dengan siapa kita berkomunikasi...


Joe

Thursday 14 April 2011

Alhamdulillah..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah... bertemu lagi kita dengan Jumaat... Alhamdulillah umur kita masih panjang untuk melihat dunia ini... Namun, tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini besar... kita dipanjangkan usia untuk menunaikan tanggungjawab kita.. bukan sekadar untuk suka2... Joe ambik kesempatan ini untuk mengingatkan diri joe juga... masih banyak tanggungjawab dan amanah yang belum terlaksana lg...tak kira sebagai anak, suami, ayah, pekerja, jiran, kawan, dan yang penting hamba Allah...

Wahai kawan2 semua, moga peluang untuk bernafas lagi di muka bumi ini kita manfaatkan sepenuhnya... dan semoga, kita dapat berjumpa lagi Jumaat dpn...


Joe

Anak Oh Anak...

Bismillahirrahmanirrahim..

Anak oh anak... alahai anakku... tempoh hari, beria2 nak ikut atuk n nenek balik kampung... tak sampai seminggu dh minta nak balik ke rumah semula... terpaksalah si atuk menghantar semula cucunya...

Alkisahnya, anak sulong joe mmg susah nak berenggang dgn mama n papa serta adiknya... dh berapa kali dipujuk untuk tinggal dgn neneknya tp akan menangis2 tak mau... ntah mimpi ape ntah, masa nenek n atuknya nak pulang semula ke rumah kg (selepas dtg ke rumah joe untuk menghadiri majlis perkahwinan adik joe), tetiba anakku kata nak ikut balik kg.. dia ambik 1 beg mainannya dan terus bawa masuk ke dalam kereta atuknya.. bila ditanya katanya, "sarah nak ikut nenek balik kg". Terkejut besar la semua org.... nenek ape lg suka laa.. terus diminta kain baju sarah....... dan akhirnya selamatlah anakku sampai kg...

Setiap hari, isteriku akan call la si anak... dengar suara ceria jer... tp lepas letak telefon, isteri joe yg akan nangis sbb ridu kt anak... Masa hari ke2 mlm kt kg,kami telefon lg si anak... nk bg si adik dengar suara kakak sbb tgk si adik macam rindu bila kakak takde... yg kakaknya pula beria2 cakap dgn adik.. padahal adik tak brp pandai nk ckp lg.... siap pesan dengan mama, tlg jaga adik baik2 ye, kakak takde.. sayu jer dengar pesan kakak tu..  rupa2nya kata neneknya, lepas letak telefon tu, kakak sedih jer... keesokan paginya terus minta nak balik kuantan, nak mama, papa n adik... puas dipujuk tp xbole dh...

Akhirnya, terpaksa la atuk n nenek hantar semula...menempuh hampir 4 jam perjalanan (melaka - kuantan)... cucu punya pasal kan... sampai jer rumah, kakak terus cari adiknya.... lps ni rasanya, mmg takle la nak tinggal kg.. tak bole percaya..hehehe....

Anak oh anak... mcm2 ragammm.... tp semuanya menceriakan dan mewarnai kehidupan kita....



Joe

Monday 11 April 2011

Baby sitter

Bismillahirrahmanirrahim..

Arini joe cuti, kena jaga anak kat rumah.Orang rumah tak boleh nak cuti, keje banyak yang perlu disiapkan.  Penjaga anak pulak bercuti. Tengok pak mertua yang sakit kt kampung. Sekarang berdua je dengan anak yang bongsu. Yang sulong ikut nenek n atok dia balik kampung kt melaka. Tak sangka pulak dia nak ikut balik kampung. Biasanya dia susah nak ikut kalau papa n mama dia x ikut sama...Arini dah dekat 2 hari kat sana. Rasa sunyi pulak. Selalu dengar dia wat bising n ragam. Biasa jugak dia kena marah.. Entah pe la dia wat kat sana..Tak tau la sampai bila dia kt kampung sana. Cuti ni pun duk saje-saje. Xde aktiviti. Esok keje. Rasa macam malas jer nk g keje. Bukan pe dah lama sangat bercuti.

Sunday 10 April 2011

Alhamdulillah selesai sudah...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.. Kupanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi.. Selamat dh majlis perkahwinan adikku bg sebelah pihak keluargaku pula... majlis sambut menantu la kiranya... Alhamdulillah majlis berjalan lancar.. Cuaca semalam juga cerah.. selesai majlis barulah hujan turun renyai2, meraikan pengantin baru...

Kelancaran dan kejayaan majlis ini atas kerjasama dan muafakat kami sekeluarga dan pertolongan saudara-mara serta jiran tetangga... tanpa mereka semua, pasti majlis ini kurang sempurna.. Terima kasih semua kerana menjayakan majlis ini.. Alhamdulillah juga semangat gotong-royang masih belum pudar dalam kalangan mereka...Selalunya kita lihat dan dengar sekarang ini agak kurang orang nak bergotong-royang...

Bagi majlis semalam, tugas menyiapkan lauk pengantin diberikan kepada Kak Na manakala gubahan dan persiapan pelamin dan meja pengantin diberikan kepada De Za... Masak-memasak pula dijalankan secara gotong-royong.. Begitu juga dengan tugas2 lain diagih2kan sesama kami... Bagi joe pula, ditugaskan menjaga lauk...sambil2 tu menjadi camera man..hehehe...tp sekarang ni tak sempat lagi nak masukkan gambar.. ada kesempatan nnt, joe upload gambar yer...

Ok la semua, penat joe pn tak hilang lg...nak rehat dulu.. nnt kita bercerita lg yer... :)

Thursday 7 April 2011

Selamat Pagi Jumaat Semua...

Bismillahirrahmanirrahim..

Selamat pagi Jumaat semua... Apa khabar pg ni? semoga semua sihat2 belaka... breakfast ape hari ini? Hari ini, joe sekeluarga makan roti canai... Joe dan isteri ambik cuti arini.. joe ambik cuti ganti manakala isteri saje2 cuti.. lgpun pengasuh anak balik kampung kerana bapa mertuanya sakit dan si adik pn kena chicken pox...ok la semua.. tak bole nak cerita panjang ni sbb anak2 dah bangun dan mereka dh mula nak mengacau... jumpa lg nanti...

Joe

Demam Chicken Pox...

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam semua... Hari ini, si adik kena chicken pox... 2 minggu sudah, si kakak yg kena... kini adiknya pula...tp mujur si adik tak demam teruk.. masa kakak kena, dia demam panas sampai hampir 40'C ... risau sunguh.. tp si adik banyak naik chicken pox nya.. kt muka pn banyak dan nampak sgt dia kurang selesa... sian mamanya yg kena jaga.. bukan ape, si adik tidur pn tak berapa lena, asyik terjaga.. jd mama pn kurang tidur...moga anakku ini cepat baiknya...

Kata orang, bila dh keluar semua bintik2 merah itu, bg minum air kelapa.. kalo bg sebelum semua keluar, takot2 tak abis semua keluar, lain kali boleh dapat balik chicken pox ini... ada pula yg kata, cepat2 bg minum air kelapa supaya bintik2 keluar cepat dan cepat sembuhnya... ntahla mana satu yg betul...
Kawan2 diluar sana, ada sebarang petua untuk chicken pox yg  boleh dikongsikan? Kalo ada, bole la kita share bersama....

Joe...

Monday 4 April 2011

Iklan Hospital Rakan Bayi....

Bismillahirrahmanirrahim.

Tahukah anda tentang Hospital Rakan Bayi (BFHI - Baby Friendly Hospital Initiative)?... Joe baru sahaja berpeluang menonton iklan Hospital Rakan Bayi di TV3 sebentar td... Tahniah kepada Kementerian Kesihatan Malaysia..Sebenarnya joe mmg sedia maklum tentang hospital rakan bayi ni sebab wife selalu gak cerita (kerja dia mmg ada kaitan).. BFHI sebenarnya adalah salah satu cara untuk mempromosi dan melindungi penyusuan susu ibu... bukan kt Malaysia jer tp 1 dunia ada BFHI ni... Ia diperkenalkan oleh WHO (World Health Organisation)...

Untuk Pengetahuan semua, semua hospital kerajaan kt Malaysia ni perlu diiktiraf sbg BFHI.. Di sini, ibu2 jgn terkejut sekiranya selepas bersalin, sekiranya ibu dan bayi tiada masalah, bayi akan diletakkan di atas dada ibu dan bayi dibiarkan menyusu... Subhanallah, bayi2 yang baru lahir mampu untuk menyusu tau... Kakitangan hospital akan membantu ibu2 dalam memulakan penyusuan susu ibu... Kt sini joe nak kongsikan kepada semua, video dr India di mana, bayi yang baru lahir, diletakkan di atas dada ibu, bole mencari payudara ibu dan akhirnya berjaya menyusu... selamat menonton yer.. Subhanallah....


Semua sedia maklum, susu ibu sangat berkhasiat dan tiada tandingan nilainya... Cari la susu formula walau semahal mana pn, masih tak dapat menandingi susu ibu.... Tetapi sayang, ramai yang tidak mengambil peluang untuk menyusukan bayi mereka... pelbagai alasan diberi... Seandainya semua ibu tahu kebaikan penyusuan susu ibu ini, joe pasti semua akan menyusukan anak mereka... Semoga ibu2 akan menyusukan anak mereka dalam menunaikan hak anak itu.. Alhamdulillah, wife joe berjaya menyusukan anak2 kami secara eksklusif... Sokongan daripada suami, ibu bapa, masyarakat dan semua pihak sebenarnya memainkan peranan penting nak menjayakan penyusuan susu ibu ni... Jadi semua, marilah kita sama-sama menyokong mereka yang ingin menjayakan penyusuan susu ibu...

Majlis Perkahwinan Adikku... 2.4.2011

Alhamdulillah selesai majlis pernikahan dan perkahwinan adikku (majlis sebelah pengantin perempuan).... Minggu depan pula, majlis menyambut menantu sebelah pihak lelaki... So, sekarang kami sekeluarga tengah sibuk dengan persiapan majlis ... Setiap adik-beradik serta ipar duai telah diberikan tugas masing2.. Permuafakatan penting dalam menjayakan majlis ini... pembahagian tugas dilakukan bg melancarkan dan meringankan tugas... Semoga perjalanan majlis akan teratur dan berjalan lancar.... insyaallah..

Buat adikku, SELAMAT PENGANTIN BARU. Semoga bahtera yang dibina berkekalan dan bahagia selamanya... moga dapat menjadi nakhoda yang baik dalam mengemudi bahtera perkahwinanmu... :)

Friday 1 April 2011

Dunia baru blogger...

Alhamdulillah, akhirnya impian untuk mempunyai blog sendiri tercapai.... ini hasil tunjuk ajar isteriku.. tq syg...walaupun isteriku tidaklah pandai sgt, sikit2 pn dh byk membantuku.. Masih banyak yang perlu dipelajari... Selama ini, saya rajin melawat ke blog otai2 blogger.. kini giliran saya pula untuk meneroka blog sendiri... moga ada kawan2 di alam siber ini yg sudi memberi tunjuk ajar...