Coret-coret kehidupanku....

Hidup ini dipenuhi dengan pelbagai ragam, warna-warni dan asam garam yang menjadi rencah kehidupan...


Monday 4 April 2011

Iklan Hospital Rakan Bayi....

Bismillahirrahmanirrahim.

Tahukah anda tentang Hospital Rakan Bayi (BFHI - Baby Friendly Hospital Initiative)?... Joe baru sahaja berpeluang menonton iklan Hospital Rakan Bayi di TV3 sebentar td... Tahniah kepada Kementerian Kesihatan Malaysia..Sebenarnya joe mmg sedia maklum tentang hospital rakan bayi ni sebab wife selalu gak cerita (kerja dia mmg ada kaitan).. BFHI sebenarnya adalah salah satu cara untuk mempromosi dan melindungi penyusuan susu ibu... bukan kt Malaysia jer tp 1 dunia ada BFHI ni... Ia diperkenalkan oleh WHO (World Health Organisation)...

Untuk Pengetahuan semua, semua hospital kerajaan kt Malaysia ni perlu diiktiraf sbg BFHI.. Di sini, ibu2 jgn terkejut sekiranya selepas bersalin, sekiranya ibu dan bayi tiada masalah, bayi akan diletakkan di atas dada ibu dan bayi dibiarkan menyusu... Subhanallah, bayi2 yang baru lahir mampu untuk menyusu tau... Kakitangan hospital akan membantu ibu2 dalam memulakan penyusuan susu ibu... Kt sini joe nak kongsikan kepada semua, video dr India di mana, bayi yang baru lahir, diletakkan di atas dada ibu, bole mencari payudara ibu dan akhirnya berjaya menyusu... selamat menonton yer.. Subhanallah....


Semua sedia maklum, susu ibu sangat berkhasiat dan tiada tandingan nilainya... Cari la susu formula walau semahal mana pn, masih tak dapat menandingi susu ibu.... Tetapi sayang, ramai yang tidak mengambil peluang untuk menyusukan bayi mereka... pelbagai alasan diberi... Seandainya semua ibu tahu kebaikan penyusuan susu ibu ini, joe pasti semua akan menyusukan anak mereka... Semoga ibu2 akan menyusukan anak mereka dalam menunaikan hak anak itu.. Alhamdulillah, wife joe berjaya menyusukan anak2 kami secara eksklusif... Sokongan daripada suami, ibu bapa, masyarakat dan semua pihak sebenarnya memainkan peranan penting nak menjayakan penyusuan susu ibu ni... Jadi semua, marilah kita sama-sama menyokong mereka yang ingin menjayakan penyusuan susu ibu...

2 comments:

  1. OF course susu ibu yang sangat berkhasiat :) ..mcm kami jugak, mmg susukan anak dr susu badan ibu. Jimat ape? tak payah bangun mlm2 buta buatkan susu anak..hehe ;)..apa2 pun sama2lh kita menjayakan program ni..semestnya bermanfaat!

    ReplyDelete
  2. Ya betul tu... tahniah bg yg berjaya menyusukan anak2.. bg yang tidak berjaya, teruskan usaha... kita semua ada tanggungjawab penting dalam menyebarkan kebaikan dan kepentingan penyusuan susu ibu ini... :)

    ReplyDelete