Coret-coret kehidupanku....

Hidup ini dipenuhi dengan pelbagai ragam, warna-warni dan asam garam yang menjadi rencah kehidupan...


Sunday 10 April 2011

Alhamdulillah selesai sudah...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.. Kupanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi.. Selamat dh majlis perkahwinan adikku bg sebelah pihak keluargaku pula... majlis sambut menantu la kiranya... Alhamdulillah majlis berjalan lancar.. Cuaca semalam juga cerah.. selesai majlis barulah hujan turun renyai2, meraikan pengantin baru...

Kelancaran dan kejayaan majlis ini atas kerjasama dan muafakat kami sekeluarga dan pertolongan saudara-mara serta jiran tetangga... tanpa mereka semua, pasti majlis ini kurang sempurna.. Terima kasih semua kerana menjayakan majlis ini.. Alhamdulillah juga semangat gotong-royang masih belum pudar dalam kalangan mereka...Selalunya kita lihat dan dengar sekarang ini agak kurang orang nak bergotong-royang...

Bagi majlis semalam, tugas menyiapkan lauk pengantin diberikan kepada Kak Na manakala gubahan dan persiapan pelamin dan meja pengantin diberikan kepada De Za... Masak-memasak pula dijalankan secara gotong-royong.. Begitu juga dengan tugas2 lain diagih2kan sesama kami... Bagi joe pula, ditugaskan menjaga lauk...sambil2 tu menjadi camera man..hehehe...tp sekarang ni tak sempat lagi nak masukkan gambar.. ada kesempatan nnt, joe upload gambar yer...

Ok la semua, penat joe pn tak hilang lg...nak rehat dulu.. nnt kita bercerita lg yer... :)

No comments:

Post a Comment